Thursday, April 12, 2012




PELANGI ITU MEMANG INDAH..(^_^)
 
"Kadangkala Allah sembunyikan matahari, 
Dia datangkan petir dan kilat.. 
kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar...
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi-unknown" 

Menyimpan rahsia sesuatu yang perit dan mungkin nanti akan datang lagi ujian besar tuk aku simpan. Mudah2an Allah Lindungi dan Permudahkan. Walau apapun yang berlaku Ya ALLAH lindungi Kedua IBU dan BAPA ku, Peliharalah HATI keduanya moga tenang dan bahagia selalu DUNIA mahupun DI AKHIRAT KELAK. Jika Aku Sakit Menanggung, Bagaimana dengan MEREKA?..

Setiap Masalah yang datang dalam Hidup kita ada SEBAB dan MUSABAB nya. Beranggapan baiklah pada Allah Kerana DIA maha mengetahui. 

Tuesday, April 10, 2012

Patah Tumbuh Hilang Berganti....

Pepatah ini pada aku tak lebih daripada nak sedapkan hati atau memujuk hati yang sedih dah terluka.
Pasti ke yang patah tu akan tumbuh?...Dan pasti ke yang hilang itu akan berganti? Berpeganglah dgn tali Allah..Percaya pada Qada' dan Qadar..Tepuk dada tanya IMAN..:)

Wednesday, April 4, 2012

Wednesday, March 28, 2012

Masih Tak Mampu Berdikari

Mungkin ade sesetengah perkara sahaja yang aku mampu buat sendiri..dan setengah lagi tidak...????
Sedang melatih diri besendirian...
Mungkin Agak Susah..tapi insya allah..
Mungkin ini juga yang akan aku lalui nanti...
Y penting Dia masih dan sentiasa bersama aku..
Chaiyok KILA!!!

Thursday, March 22, 2012

Hati Gundah Gulana.....
Banyak Perkara Y aku perlu fikirkan...
Mampukah aku pikul?
Mudah2an Allah sentiasa bersama..
Hanya Dia yang tahu segala yang tersirat...
Hanya pada Dia tempat aku bergantung harap..

Sunday, March 18, 2012

Selamat Hari Lahir KILA- 3 Dekad Sudah..(^_^)

Alhamdu Lillahi Rabbi Al-'Alamin...
Syukur kepada-Nya yang masih mengasihi hambanya yang terlalu daif ini. Kesempatan hidup Selama 3 dekad ini sangat2 aku hargai dan syukuri. Mudah2an Seusia ini aku mampu berbakti kepada Mak dan ayah selagi hayat dikandung badan.

Terima Kasih Allah..
Sumber Kekuatan utama aku untuk terus berpijak di bumi nyata..
Tanpa ragu dan penuh keyakinan, dengan nama mu di hati..
Aku tetap bertahan walaupun aku mungkin keseorangan
Melawan Kepayahan....
Namun aku tahu..dihujungnya nanti...
INSYA ALLAH....ada jalan..