Showing posts with label Impian..Nikmat Dunia..Bekalan Akhirat. Show all posts
Showing posts with label Impian..Nikmat Dunia..Bekalan Akhirat. Show all posts

Thursday, June 2, 2011

Hard To change...

Jangan jadi seperti Bayang2

Memang Susah Untuk Berubah..
Mudah2an Kedatangan RSRS kali ini memberikan seribu makna buat aku..
Sedikit-sedikit asal tidak terasa sulit...
Insya Allah Ada Jalan nya...
Hanya PadaMU aku Mohon dan Bergantung Harap..

Wednesday, November 17, 2010

10 Zulhijjah.....

Alhamdulillah....
Masih berpeluang berada di Bumi Allah...
Masih Bekesempatan menyambut Aidil Adha walaupun bukan di tempat y sangat2 di idamkan
Mudah2an akan diberi kesempatan dan kemudahan nanti...
Insha Allah Bi An-Najjah...

Monday, November 15, 2010

8 Zulhijjah.....


Wukuf Di Arafah....

Keistimewaannya Hari Wukuf atau Hari Arafah kerana di sana turut berkumpul para anbia, wali-wali Allah, orang-orang soleh dan para malaikat bersama-sama para jemaah.

Allah berfirman, “Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu….” (al-Maa’idah:3).


Antara peristiwa2 yang terjadi Di padang Arafah:

Rasulullah pernah menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama khutbah wada’ atau khutbah perpisahan. Ini kerana tidak lama kemudian setelah menyampaikan khutbah itu, baginda wafat. Pada saat itu, ayat al-Qur’an, surat al-Maa’idah ayat 3 turun sebagai pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW.

Peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Nabi Adam dan Hawa telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah SWT.

Mudah2an...1 hari nanti...akan tiba jua...:)
INSHA ALLAH