Showing posts with label Kehidupan...Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan...Pengalaman. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Alhamdulillah..

Hari ni dah 3 malam mak kat spital..masuk mase Besday Abg.e (22/1/11)..tapi ni bukanlah kali pertama mak masuk spital..dah byk kali...dan Alhamdulillah aku ade peluang jaga ngan mak setiap kali mak masuk spital..:)..mungkin Allah dgr antara doa aku. Tapi kali ni kondisi mak lebih lemah dr sebelum2 ni mase masuk spital. Kali ni lebih special sket buang air kat katil jer (dalam tiub..he3).Sian mak..pikiran bercelaru. Tak dapat gambaran jelas dia berade kat mane..dalam pikiran mak, dia kat rumah.Tadi mak cerita, semalam dia jatuh (tapi mengikut sumber kakak disebelah katil mak, dia kate mak tak jatuh) nak bangun sebab ingat dah pagi, nak buat air...ish3..mak2..Malam ni macam biase mak tido dan rehat je lah..duk spitalkan..:)...sesekali terjaga mak mula cakap sesuatu.." g ambik tilam kat abg za tu "..aik????..he3..mak konfius nih..aku pun cakap kat mak yang skang ni mak kat spital, bukan kat rumah...Mak pun jawab.."haah ye..gitu la gayenye"..makne nyer mak sedar y dia dah tersilap..lepastu sambung balik tido...aku mintak izin pegi jap..pas aku balik semula mak skali lagi terjage..bila nampak aku mak cakap.." ha ada bunyi telefon rumah tadi, sape yang telefon?..lohhhh..he3..mak lupe lagi y mak kat spital..aku pun cakap lagi skali kat mak.." kite kat Hospital ni mak, bukan kat rumah..he2..mane ade bunyi telefon rumah"..Aku suh mak rehat jer. Sian Mak..Mudah2an Esok mak gembira dan tak ngigau lagi..Harap2 esok betul2 anak2 mak y lain balik jengok dia..Alhamdulillah Ya Allah...Syukur atas kemudahan yang engkau aturkan.

Terima kasih AK sebab slalu ade dengan koi...Walaupon dah banyak sangat aku sakitkan hati AK..AK tetap tahan..Alhamdulillah Allah beri aku Harta tambahan yang sangat bernilai...ALHAMDULILLAH..

Ya Allah Ampunkan Dosa Kedua ibubapaku
Ya Allah Pelihara dan Lindungi kedua ibubapaku
Ya Allah Sayangi dan kasihi Kedua ibubapaku

Ya Allah Bukakan pintu rezekiku, Kedua ibubapaku, keluargaku dan sahabat2ku
Ya Allah Permudahkan segala urusan Dunia dan Akhiratku,Kedua ibubapaku, keluargaku dan sahabat2ku

Ya Allah  Hanya padamu Aku Berlindung, Memohon dan bergantung harap,
Kerana Hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untukku...Aminnn.

Tuesday, September 20, 2011

Mimpi Yang Tak Sudah

Apa maknanya impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman

Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah



singer: Ibnor Reza

Tuesday, July 5, 2011

Inside my Happiness








Inside my happiness, there is nothing
But happiness for me

Inside My Happiness, there is friendship
we all live as
One and there is peace For all

Inside my happiness, there is Pain,
there is fear
But
we all live as
One and there is peace For all

Inside my happiness, the colors are
So bright and vivid and i am able
To see everything clearly

Inside my happiness, there is god
And he planned all this for me



Tuesday, June 21, 2011

Aku Yang Sering Lupa...



Menyakiti Hati Orang adalah perkara paling mudah..
Sebaliknya, Membahagiakan hati Orang adalah perkara paling susah..
Kadang2 perkara yang menggembirakan kita akan buat orang terluka..
Mungkin Aku yang sering Terlupa...
Aku Bukan mereka...dan mereka bukan seperti aku..
Apa yang aku suka tidak semestinya orang lain akan suka..

Memarahi orang atas kesalahan sendiri juga perkara mudah
Menerima hakikat kesalahan sendiri adalah sukar..
Mungkin Aku yang Sering Terlupa...
Aku bukan siapa-siapa yang boleh memarahi orang lain sesuka hati..
Kemarahan bukan penyelesaian...malah adalah kesedihan..

Sedihnya Bila Aku Kembali mengingati yang Aku Sering Terlupa..
Bila Aku Terlupa..Kemarahan Beraja
Bila Aku Terlupa..Kesedihan Melanda
Dan Bila aku Kembali Semula...
Hanya Maaf yang ku pinta....



Tuesday, January 18, 2011

Mudah....VS....Sukar


Mudahnya untuk Memahami Orang lain dan Kehendak Mereka...Tapi...
Sukarnya untuk Memahami Diri dan Kehendak Sendiri...

Mudahnya untuk Menasihati Orang Lain dan Mendorong Mereka Melakukannya...Tapi...
Sukarnya untuk Menasihati dan Mendorong Diri Sendiri untuk Melakukannya...

Mudahnya Memujuk Orang Lain Untuk Meluahkan Masalah dan Keperitan Mereka...Tapi...
 Sukarnya untuk Memujuk Diri Sendiri Melakukan Perkara yang sama...



Monday, December 6, 2010

What Should I Do?


La Tahzan 
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " – Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." – Surah Al-Imran ayat 139



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
- Surah Ali-Imran ayat 200

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" – Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…"– Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. " – Surah At-Taubah ayat 129
 
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB "… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." – Surah Yusuf ayat 12


Friday, November 26, 2010

Hidup Dan ALASAN......Jangan Ditangisi Apa Yang Bukan MILIKmu

Hidup ni memeng penuh dengan alasan...
Sama ada alasan untuk kepentingan diri sendiri atau menjaga hati orang lain...
Walau apapun sebabnya...Hidup dan ALASAN memeng tak dapat dipisahkan...
Kadang2 alasan diperlukan untuk kesenangan diri...dan
Kadang2 alasan diberikan untuk menjaga hati orang sekeliling....
Bukan HIPOKRIT...tapi cara itu lebih baik dari membuat orang berasa serba salah...
Sebenarnya Hidup ini bukan untuk diri sendiri sahaja...tapi
Hidup kita juga untuk orang lain..Yang penting apa pun ALASANnya...lakukan yng terbaik..
Semoga ALASAN yang baik tujuannya...akan memberi BALASAN yang baik...
INSHA ALLAH

Jangan Mudah Kecewa

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; 
walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Monday, November 22, 2010

Hidup...dan JIKA...

Jika Hidup Ini Selalu Indah
Kelak Tiada Apa Yang Perlu Dikenangkan....
Jika Hidup Ini Selalu Mudah
Kelak Tiada Apa Yang Perlu Dirisaukan....
Kerana Suka..Duka..Derita dan Bahagia...
Anugerah Paling Berharga Buat Manusia
Terimalah Seadanya Apa yang Ditakdirkan Oleh DIA
Hargailah Setiap Kurniaannya

Jika Kecewa Berpasrahlah...
Jika Berduka Berdoalah...
Jika Gembira Bersyukurlah...
Jika Bahagia Nikmatilah....

Mohonlah Perlindungan dan Petunjuk Dari-NYA...
Semoga Kita Tidak Menjadi Manusia Lupa
Berharaplah Kepada-NYA...
Mudah2an Kelak Bahagia Yang Diminta Akan Muncul Jua....
Hepy besday my beloved Bro..Abg E..

Thursday, July 22, 2010

"GEMBIRA" dalam KEHIDUPAN melenyapkan KEDUKAAN

GEMBIRA adalah teman aku paling karib...bersama GEMBIRA aku lupa semua luka...bila duduk dengan GEMBIRA aku lupa segala duka....dengan ada nyer GEMBIRA aku sembunyikan segala kusut, masalah dan beban yang ada dalam jiwa...itulah GEMBIRA...dengannyer aku sentiasa ceria...dengannyer aku lebih bahagia walau dalam derita...

KEHIDUPAN kita akan jadi bermakna bila kita tahu erti hidup..hidup mengajar kita belajar.....belajar untuk mengerti, memahami dan mendalami erti kehidupan sebenar..Hiduplah dengan jiwa, hati dan nurani yang bersih.Tujuan hidup hanya satu...YA RABB....


KEDUKAAN pasti datang...tanpa kedukaan tiada nikmat kegembiraan....bila kita duka pasti kita akan ingat pada-NYA. Bila kita luka pasti DIA penyembuhnya...jangan kecewa bila kEDUKAAN datang pada kita....Bersyukurlah sekurang2nya kita masih ada DIA yang akan menenangkan jiwa kita....