Showing posts with label Tersirat dan Tersurat. Show all posts
Showing posts with label Tersirat dan Tersurat. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

SEDIH Juga NIKMAT..Tapi GEMBIRA itu Lebih HEBAT



Soal Hati..


Aku tak tau nape aku sedeh, bodohkan..Tak de sebab pon..
Tabahlah HATI..DIA ade penawarnya..


Bila Redha dengan Kesedihan pasti akan rasa Kepedihan..
Tapi Redha itulah jalan untuk cari kembali Kegembiraan


AKU pasti Boleh..AKU tak kan nyatakan KESEDIHAN lagi..
Biar AKU y Rase sendiri..DAN DIA pasti akan UBATI


GEMBIRAlah HATI
Semoga Tiada Yang Bersimpati..
GEMBIRAlah HATI
Kerana DIA takkan pernah pergi..

Friday, August 26, 2011

lame tak menulis...banyak y nak dimuntahkan....tapi tak perlu disuratkan..cukup sekadar hanya tersirat. Dia maha mengetahui...dia maha pengatur segala...ape yang perlu, memohon, bergantung harap dan mengadu padanya melalui DOA sudah memadai..paling penting USAHA...selebihnya TAWAKKAL...Hanya dia y tahu AKU

Tuesday, April 19, 2011

Aku Ada Engkau (ALLAH)


Seronoknya Melihat Mereka Seakan Hidup Kelihatan Sempurna
Ada segala-galanya
Ada Keluarga Bahagia
Ada Masa Depan Sempurna
Namun Aku...hanya ada apa?

Seronoknya Melihat Mereka Bila Hidup Kelihatan Gembira
Bagai Tiada Masalah Besar Menimpa
Ibarat Tiada Beban Dibahu Mereka
Namun Aku...hanya ada apa?

Hidup ini bukanlah seindah yang digambar
Hidup ini bukanlah semudah yang diatur
Haruskah aku bertanya apa yang aku ada?
Sedangkan aku tahu hakikatnya 
Segala yang aku dan mereka ada adalah pinjaman semata

Namun Selagi Aku Ada ENGKAU...
Hidup ini begitu bermakna... 
Aku Perlu REDHA dengan apa yang ENGKAU kurniakan 
Moga Aku tahu Syukurku Adalah Milik ENGKAU selamanya.

Sesengguhnya Allah adalah sebaik2 perancang. Setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, berbaik sangkalah pada Allah. Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita.

Monday, January 3, 2011

Hidup Dan Masa


Hidup dan Masa Sentiasa Datang Bersama
Namun ianya tetap Memberikan Makna yang Berbeza
Jika kita Rasa Masa Berlalu Terlalu Pantas
Ini Bermakna Hidup Kita Semakin Pendek

Hidup dan Masa....
Ibarat Jarum Minit dan Saat...
Semakin Pantas Saat Berlari begitu juga pantasnya Minit akan pergi
Semakin Pantas Masa Berlalu...Semakin Pantas juga Penghujung hidup bertemu....

Hidup dan Masa
Walau Seketika, Masa Mampu Membuatkan Hidup Gembira...
Dan Dengan Hanya Seketika juga..Masa Mampu Membuat Hidup Derita...

Oleh itu...
Hargai Masa....Hargai Hidup kita...

*Make it Life Simple...it Become easy
Make it Life Happy...it Become Colorful
Make it Life Beautiful...it Become Wonderful...

Wednesday, November 10, 2010

AllaH Lebih TAHu

Jika kita lelah dan tak berdaya dari usaha yang seakan sia2,
Allah s.w.t lebih tahu betapa kerasnya kita sudah berusaha…

Ketika kita sudah menangis sekian lama dan hati masih terasa pedih,
Allah s.w.t sudah menghitung air mata kita…

Jika kita fikir hidup ini ibarat menunggu sesuatu y tak pasti,
Allah s.w.t sedang menunggu bersama …

Ketika kita merasa sendirian sedangkan keluarga dan teman2 terlalu sibuk ,
Allah s.w.t selalu berada disamping kita…

Ketika kita fikir bahawa kita sudah mencuba segalanya dan hampir putus asa,
Allah s.w.t punya jawapannya…

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kita hampir tertekan,
Allah s.w.t menjadi penenangnya…

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kita merasa ingin mengucap syukur,
Allah s.w.t telah memberkatinya…

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kita dipenuhi ketakjuban,
Allah s.w.t telah tersenyum dahulu…

Ingat bahawa dimanapun kita berada..apa pun yang kita lakukan.. 
ALLAH SWT LEBIH TAHU…

Rahsia Allah