Friday, November 25, 2011

Alhamdulillah..

Hari ni dah 3 malam mak kat spital..masuk mase Besday Abg.e (22/1/11)..tapi ni bukanlah kali pertama mak masuk spital..dah byk kali...dan Alhamdulillah aku ade peluang jaga ngan mak setiap kali mak masuk spital..:)..mungkin Allah dgr antara doa aku. Tapi kali ni kondisi mak lebih lemah dr sebelum2 ni mase masuk spital. Kali ni lebih special sket buang air kat katil jer (dalam tiub..he3).Sian mak..pikiran bercelaru. Tak dapat gambaran jelas dia berade kat mane..dalam pikiran mak, dia kat rumah.Tadi mak cerita, semalam dia jatuh (tapi mengikut sumber kakak disebelah katil mak, dia kate mak tak jatuh) nak bangun sebab ingat dah pagi, nak buat air...ish3..mak2..Malam ni macam biase mak tido dan rehat je lah..duk spitalkan..:)...sesekali terjaga mak mula cakap sesuatu.." g ambik tilam kat abg za tu "..aik????..he3..mak konfius nih..aku pun cakap kat mak yang skang ni mak kat spital, bukan kat rumah...Mak pun jawab.."haah ye..gitu la gayenye"..makne nyer mak sedar y dia dah tersilap..lepastu sambung balik tido...aku mintak izin pegi jap..pas aku balik semula mak skali lagi terjage..bila nampak aku mak cakap.." ha ada bunyi telefon rumah tadi, sape yang telefon?..lohhhh..he3..mak lupe lagi y mak kat spital..aku pun cakap lagi skali kat mak.." kite kat Hospital ni mak, bukan kat rumah..he2..mane ade bunyi telefon rumah"..Aku suh mak rehat jer. Sian Mak..Mudah2an Esok mak gembira dan tak ngigau lagi..Harap2 esok betul2 anak2 mak y lain balik jengok dia..Alhamdulillah Ya Allah...Syukur atas kemudahan yang engkau aturkan.

Terima kasih AK sebab slalu ade dengan koi...Walaupon dah banyak sangat aku sakitkan hati AK..AK tetap tahan..Alhamdulillah Allah beri aku Harta tambahan yang sangat bernilai...ALHAMDULILLAH..

Ya Allah Ampunkan Dosa Kedua ibubapaku
Ya Allah Pelihara dan Lindungi kedua ibubapaku
Ya Allah Sayangi dan kasihi Kedua ibubapaku

Ya Allah Bukakan pintu rezekiku, Kedua ibubapaku, keluargaku dan sahabat2ku
Ya Allah Permudahkan segala urusan Dunia dan Akhiratku,Kedua ibubapaku, keluargaku dan sahabat2ku

Ya Allah  Hanya padamu Aku Berlindung, Memohon dan bergantung harap,
Kerana Hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untukku...Aminnn.

Friday, November 11, 2011

Aku yang hampeh T_T

T_T....sebab kecewakan orang
Dah la satu keje pon tak leh buat
Useless...
Ampun Ya Allah..T_T

Tuesday, October 18, 2011

i PROM153 2 B3L13V3

Nothing Special Without Friends
i PROM153  2  B3L13V3 that..
True Friend is someone who really understands us..
always in our side in every situation..

i PROM153  2  B3L13V3 that..
Friendship is something you don't learn in school. ...
Friendship is a relation between 2 or more people who complete each other..

But Sometime..
True friend risk her life to make her best friend happy, even though she has to let her go with someone else.

Thursday, October 13, 2011

Secerah Pawana

Maha Suci Allah
Seindah sedamai pantai melambai gemalai
begitulah hati merindu kasih yang padu
bagaikan pepasir basah di simbah lautan
begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah

kita ingin segalanya indah
sebersih pasir pantai memutih
seindah dan secerah pawana
berseri ukhwah dipupuk kasih

kita ingin segala terlerai
dengki dan dendam kesumat musnah
biar keikhlasan berbicara
di dada hati luas saujana

Seindah sedamai pantai melambai gemalai
begitulah hati merindu kasih yang padu
bagaikan pepasir basah di simbah lautan
begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah

Wednesday, October 5, 2011

Kata orang..
Setiap Ucapan Adalah Doa..
Kadang2 Aku Terlintas Untuk Pertikaikan 
Tapi..Bila Aku Renung Kembali...
Apa Yang Aku Lalui Hari Ini...
Adalah Apa Yang Aku Inginkan 10 tahun dulu...
Mungkin Pada Ketika itu, Hanya Sekadar Impian..
Namun Kini ianya Sudahpun Menjadi Kenyataan..
Thank You Allah
For All The Things That You've Done For Me
ALHAMDULILLAH

Monday, September 26, 2011

Hidup KiTa

Diri kita...Hidup Kita...
Apa yang Kita Mahukan....Adalah Apa yang Kita Fikirkan..
Tapi...Apa yang Kita Mahukan Tak Semuanya Kenyataan..
Namun...Tujuan dan Matlamat Hidup... Kita Yang akan Rancangkan..
Selebihnya Allah Yang Menentukan...

Jangan Salahkan Tuhan Jika Kita Terima Kegagalan..
Kerana Mungkin Masa Berjaya Kita Ketepikannya.
Jangan Salahkan Tuhan Jika Kita Terima Kekecewaan..
Mungkin Masa Bahagia Kita Membelakangkannya.
Jangan Salahkan Tuhan Jika Kita Terima Kedukaan...
Mungkin Masa Gembira Kita Seakan Lupa Padanya.

Setiap Kejadian Ada Penyebabnya..
Setiap Musibah Ada Hikmah..
Setiap Ujian Ada Kemanisannya...

DIA MAHA MENGETAHUI..setiap segala yang terjadi dilangit mahupun di bumi..



Tuesday, September 20, 2011

Mimpi Yang Tak Sudah

Apa maknanya impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman

Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah



singer: Ibnor Reza

Monday, September 19, 2011

(T_T)

Hari ni aku sedeh...Esok Belum Tahu..
Aku Tak Nak Menangis..Tapi Hati Aku DIA saje Yang Tahu..
Aku Bukanlah Terlalu Kecewa..Tapi Aku ade Perasaan Juga..
Mudah2an Aku Tak sedih lagi...
Air Mata Aku Bukan untuk Di Bazirkan..
Dan..Aku tak nak sedeh kerana perkara sebegini lagi..
Ya Allah..Ampunkan Aku..

Sunday, September 18, 2011

(^_^)v


Sometimes we have to be away from the people we love..
but that doesn't make us love them any less..
sometimes it makes us love them even more

Friday, September 9, 2011

Tolong Lah..

Tuhan Tolong Lah..
Permudahkan segala Urusan Aku dan Sahabat2ku..
Kami tahu Kasih Sayangmu Melebihi KemurkaanMu..
Tolong Lah Kami Harungi Hidup Ini..
Agar Kami Tidak Sesat Di Akhir Perjalanan Nanti...

Wednesday, September 7, 2011

Beratnya Hati..

Rase cam ade iceberg dalam dada ni haaa...he3
Susahnyer nak puaskan hati orang..
Tapi Selagi Hati mereka Allah y jaga..
Insya allah..Mudah2an segalanyer dipermudahkan..

Sunday, September 4, 2011

Bila Masalah dan Kesulitan datang..
Perasaan Sedih Dengan Hidup ini pasti menyelubungi..
Tapi Bersangkalah Baik pada-NYA kerana...
Pasti DIA Bentangkan juga Jalan Penyelesaian untuk kita..
Bila Kerisauan dan Kesedihan Tiba2 Muncul..
Air Mata akan Membasahi Pipi..
Hanya Rintihan dan Doa diPanjatkan Pada-NYA kerana..
Pasti DIA Tebarkan Jua Kegembiraan buat Kita...
Bila Kita Sentiasa Lalui Saat2 ini...
Hidup Akan Lebih B'erti..
Dan Pada Masa itu Kita Pasti Tidak Akan Sedih Lagi
Walau Apa jua Yang Berlaku...
Kerana Kita Pasti..
Setiap yang terjadi ada hikmah tersembunyi...
Sentiasa Bersangka Baik Pada-NYA kerana..
DIA Maha Mengetahui...:) 

Saturday, September 3, 2011

Inilah Hidup Aku...

Hidup ini memang payah..
kadang gelap kadang cerah..
Disebalik Kesukaran dan Kesulitan...
Hadir Kegembiraan yang mampu melekakan kesedihan..
Walau Kegembiraan itu hanya membawa kebahagiaan sementara..
Aku Tetap akan nikmati...

Hidup ini Memang payah..
Mesti tak dapat lari daripada masalah...
Aku akan cuba tabah..
Walau hanya aku seorang yang akan melangkah...
Aku tak kan takut lagi dengan segala musibah..
Kerana aku tahu...Aku ada ALLAH...
T_T

Tuesday, August 30, 2011

Raya Datang Lagi!!!!

Raye @ 2011
Alhamdulillah Syawal Datang Menjengok lagi...
Mudah2an di kesempatan ini Kemaafan dapat di tagih kembali..
Zahir dan Batin Mohon di Aidilfitri..
Moga Syawal ini Kita di Berkati..

Mungkin Itu Silap AKU

Berat Mata Memandang, Berat lagi Bahu Yang Memikul..
Orang Boleh Kata Apa saja..Tapi aku tahu apa matlamat aku..
Biar apa saja tanggapan orang..Allah Lebih Tahu ape yang terpendam
Masalah Aku, Aku yang Selesai
Orang lain Tak perlu Tahu..
(^_^)V

Monday, August 29, 2011

Salah Aku Juga

Mungkin Salah Aku Juga
Apa yang Aku Mahu Tak semesti nya baik tuk Aku..
Tapi Ape yang Allah Tetapkan Mungkin Adalah yang terbaik Tuk Aku...
Jika Dia Bukan Ditakdirkan tuk aku..
Aku Redha..
Aku tak kan marah..
Aku Tahu Salah Aku Juga..
Mungkin Dulu aku Dah Lukakan Hati Orang Lain..
Walaupun Aku tak Sedar..
Tapi Kini Aku Tahu..
Salah Aku Juga..
Mungkin Ade Sedikit Kecewa..
Itu Tak Bernakna Aku Perlu terus Luka..
Sebab aku tahu...
Salah Aku Juga
Biar Dia Pilih Jalan Dia Sendiri..
Aku Tak kan Panggil Dia lagi..


Friday, August 26, 2011

lame tak menulis...banyak y nak dimuntahkan....tapi tak perlu disuratkan..cukup sekadar hanya tersirat. Dia maha mengetahui...dia maha pengatur segala...ape yang perlu, memohon, bergantung harap dan mengadu padanya melalui DOA sudah memadai..paling penting USAHA...selebihnya TAWAKKAL...Hanya dia y tahu AKU

Monday, August 1, 2011

Alhamdulillah Bertemu lagi dengan 1 Ramadhan
Terima Kasih Allah Masih Beri Kesempatan
Mudah2an Segalanya Dipermudahkan
Moga dapat merasai nikmat dan keberkatan Ramadhan kali ini
Insya Allah...

Tuesday, July 5, 2011

Inside my Happiness








Inside my happiness, there is nothing
But happiness for me

Inside My Happiness, there is friendship
we all live as
One and there is peace For all

Inside my happiness, there is Pain,
there is fear
But
we all live as
One and there is peace For all

Inside my happiness, the colors are
So bright and vivid and i am able
To see everything clearly

Inside my happiness, there is god
And he planned all this for me



Friday, June 24, 2011

Smile..(^_^)

Sweet Moment
Senyuman Buat Kita Rasa Lega
Senyuman Buat Kita Rasa Gembira

Tuesday, June 21, 2011

Aku Yang Sering Lupa...



Menyakiti Hati Orang adalah perkara paling mudah..
Sebaliknya, Membahagiakan hati Orang adalah perkara paling susah..
Kadang2 perkara yang menggembirakan kita akan buat orang terluka..
Mungkin Aku yang sering Terlupa...
Aku Bukan mereka...dan mereka bukan seperti aku..
Apa yang aku suka tidak semestinya orang lain akan suka..

Memarahi orang atas kesalahan sendiri juga perkara mudah
Menerima hakikat kesalahan sendiri adalah sukar..
Mungkin Aku yang Sering Terlupa...
Aku bukan siapa-siapa yang boleh memarahi orang lain sesuka hati..
Kemarahan bukan penyelesaian...malah adalah kesedihan..

Sedihnya Bila Aku Kembali mengingati yang Aku Sering Terlupa..
Bila Aku Terlupa..Kemarahan Beraja
Bila Aku Terlupa..Kesedihan Melanda
Dan Bila aku Kembali Semula...
Hanya Maaf yang ku pinta....



Friday, June 10, 2011

Suatu Ketika.....

Indahnyerr Persahabatan Bersama Mi Segera

"Suatu Ketika 
Kita Pernah Tertawa
Suatu Ketika
Kita Pernah Berduka
Memori Lalu Tersemat di Hatiku
 Buat Azimat Perjalananmu..."


Thanks To All My Friends
Dulu..
Senang  Bersama
Susah Masih Bersama
Gembira Bersama 
Duka Tetap Bersama

Kini.... 
Takdir Kita Tidak lagi serupa
Perjalan Hidup Kita Berbeza
Pilihan Hidup Kita juga Berbeza

Namun...
Kita Masih Lagi Boleh Bersua
Masih lagi Boleh Berkongsi Cerita
Walau jauh dimata kita
Masih lagi dekat dihati kita
Itulah Persahabatan yang Setia




Thursday, June 2, 2011

Hard To change...

Jangan jadi seperti Bayang2

Memang Susah Untuk Berubah..
Mudah2an Kedatangan RSRS kali ini memberikan seribu makna buat aku..
Sedikit-sedikit asal tidak terasa sulit...
Insya Allah Ada Jalan nya...
Hanya PadaMU aku Mohon dan Bergantung Harap..

Sunday, May 15, 2011

Terima kasih cikgu.



Terima Kasih Cikgu..
Tanpa Ajar dan Didikmu..
Tak Kemana Aku Hari Ini..
Tanpa Nasihat dan Ilmumu..
Tiada Bekalan Yang Mengiringi..
Terima Kasih Cikgu...
Jasa, Budi dan Baktimu cikgu akan ku kenang hingga akhir hayat nanti..

Saturday, April 30, 2011

Car Crash-My Sweet Little Viva

DiLanggar
Melanggar
30 April 2011, 11.40am
Pengalaman Pertama
Pengajaran Selamanya
Dah Kena Baru Terasa....
Alhamdulillah Masih Dilindungi oleh-NYA

Harap Tiada Pengalaman Kedua dan seterusnya..





Friday, April 29, 2011

My Luvly "POCKETFUL" fly Away...I'm Alone


Cannot Imagine if My Life Without 
"My Luvly Pocketful"
When i with MLP i feel
HappY
Adorable
Zeal
Rightfully
Independent
Naive
Awesome

Pliz Don't Take My Luvly Pocketful Away!!!
:)

Tuesday, April 19, 2011

Aku Ada Engkau (ALLAH)


Seronoknya Melihat Mereka Seakan Hidup Kelihatan Sempurna
Ada segala-galanya
Ada Keluarga Bahagia
Ada Masa Depan Sempurna
Namun Aku...hanya ada apa?

Seronoknya Melihat Mereka Bila Hidup Kelihatan Gembira
Bagai Tiada Masalah Besar Menimpa
Ibarat Tiada Beban Dibahu Mereka
Namun Aku...hanya ada apa?

Hidup ini bukanlah seindah yang digambar
Hidup ini bukanlah semudah yang diatur
Haruskah aku bertanya apa yang aku ada?
Sedangkan aku tahu hakikatnya 
Segala yang aku dan mereka ada adalah pinjaman semata

Namun Selagi Aku Ada ENGKAU...
Hidup ini begitu bermakna... 
Aku Perlu REDHA dengan apa yang ENGKAU kurniakan 
Moga Aku tahu Syukurku Adalah Milik ENGKAU selamanya.

Sesengguhnya Allah adalah sebaik2 perancang. Setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, berbaik sangkalah pada Allah. Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita.

Friday, April 8, 2011

Suatu masa Nanti


Masih Mencari

Suatu Masa Nanti....
Hidup yang sederhana tapi relevan dengan keperluan

Suatu Masa Nanti....
Hidup yang Ringkas tapi signifikan dengan Tuntutan

Suatu Masa Nanti......
Jika diizin Allah aku masih mahu berhijrah mencari perubahan dalam diri 
agar sentiasa bersedia dengan saat-saat yang Pasti.

Pada DIRIKU:..
Hampirilah Dia, mohonlah agar dipancarkan nur kasih-sayangNya, InsyaAllah selangkah menghampiriNya, seribu langkah Dia akan mendekati kita.


"To exist is to change, to change is to mature, 
to mature is to go on creating oneself endlessly." 
-Henri Bergson-

Tuesday, April 5, 2011

If Everyone Cared


From underneath the trees, we watch the sky
Confusing stars for satellites
I never dreamed that you'd be mine
But here we are, we're here tonight

Singing Amen, I, I'm alive
Singing Amen, I, I'm alive

[Chorus:]
If everyone cared and nobody cried
If everyone loved and nobody lied
If everyone shared and swallowed their pride
Then we'd see the day when nobody died

And I'm singing

Amen I, Amen I, I'm alive
Amen I, Amen I, Amen I, I'm alive

And in the air the fireflies
Our only light in paradise
We'll show the world they were wrong
And teach them all to sing along

Singing Amen, I, I'm alive
Singing Amen, I, I'm alive
(I'm alive)

[Chorus x2]

And as we lie beneath the stars
We realize how small we are
If they could love like you and me
Imagine what the world could be

If everyone cared and nobody cried
If everyone loved and nobody lied
If everyone shared and swallowed their pride
Then we'd see the day when nobody died
When nobody died...

[Chorus]

We'd see the day, we'd see the day
When nobody died
We'd see the day, we'd see the day
When nobody died
We'd see the day when nobody died

Wednesday, March 23, 2011

Perpisahan Ini...


Gambar Sekadar Hiasan

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
1st Edition ft Aizat Amdan

Friday, March 18, 2011

Last Two Series....:)


 
18 march Come again..Nothing special about this date..Just to remember my besday...

Dulu....
Tiap2 tahun tarikh ni la yang di tunggu2..
Nak Kek..Nak hadiah..nak kad ucapan..
Seronok sangat bila jadi BESDAY GIRL...
Tapi...

Kini....
Semakin besar N dewasa semakin jauh keinginan macam tu..
Dah Tak kesah Dengan Hadiah..kad2..dan Kek....

Dulu...
Mase kecik nak mkn Kek mase besday jerk
So, bila setiap kali Besday kek sangat diharapkan
Kini...
Secret recipe hari2 leh pegi..kek dah tak jadi istimewa
walaupon masih jd tradisi 

Dulu...
Jenny org yang tak penah mis bg kad n hadiah pada aku..
Barang2 yang aku dapat mesti brand GARFIELD..he2
Peminat Kipas-Susah-Mati la katakan...
Kini...
Sekadar tarikh 18hb tu dingati oleh famili n kawan terdekat...alhamdulillah
Hadiah...kad dah tak perlu...:)

Kadang2 terasa malu bila dapat ucapan besday..
Sebabnya terasa macam budak kecik plak..he2
Tapi ape2 pon Ucapan2 tu aku sangat hargai....
Sebab itu adalah doa2 dari kawan2 n famili aku...
Bagi aku untuk Berjaya dalam Hidup..
Tak cukup dengan doa aku sahaja....
DOA2 orang sekeliling aku adalah sangat penting

Alhamdulillah......
Aku Bersyukur dapat rase hidup selama 29 tahun sudah..
Mudah2an selama itu nanti ada kebaikan y dapat memberi manfaat 
pada kehidupan aku pada masa depan...
insya allah sekiranya diberi kesempatan..Amin..

SELAMAT HARI LAHIR kila!!!!!
Hepi 29 years!!!!!!
I'm proud to B myself ...Thank You Allah...:)

Wednesday, March 2, 2011

A FRIEND LIKE YOU


Friend?All in one

Everyone should have
a friend like you
You are so much fun to be with
And you are such a good person
You crack me up with laughter
And touch my heart with your kindness
You have a wonderful ability
To know when to offer advice
And when to sit in quiet support

Time after time
You've come to my rescue
And brightened so many
Of my routine days

And time after time
I've realized how fortunate
I am that my life includes you
I really do believe that
Everybody should have a friend like you
But so far it looks like
You are one of a kind! 



A Friend Like You

Sunday, February 20, 2011

So many Things to Think...my heart is burdened be??????

Serabut..celaru..ntah ape2 ntah....adussss....tak tau la nak luah cam ne...kat dalam hati ni cam ade batu jerk...banyak nyer  perkara nak pk...setiap hari nak kene control...alhamdulillah pikiran masih waras n rasional..so leh pikirkan ape y patut...Thank You Allah..

Mengeluh bukan suatu perkara yang baik.
Bila kita mengeluh bermakna kita tidak redha dan bersyukur..
Namun, bila hati rasa terbeban apa yang patut dilakukan adalah meluahkan..
Bagaimana jua caranya...pastikan ia tidak menyusahkan dan tidak merosakkan..
Sama ada minda kita atau apa yang berada disekeliling kita..
Luah dengan kata2..atau luah dengan bicara..
Buku boleh menerima sebanyak mana kata kita...
Allah boleh mendengar sebanyak mana bicara kita...
Luahlah pada jalan yang benar....


Huh!!!...lega rase nyer....:)

Sunday, February 6, 2011

Itulah Kehidupan


Sesekali Merenung Kembali Hidup ini...
Tak Tergambar Nikmat Tuhan Yang diberi..
Mungkin Tak Sepuas Yang diingini..
Namun Masih Mampu Dinikmati.

Terkadang Manusia Alpa dengan Keduniaan
Ketika Senang Dia Dilupakan
Ketika Susah Kepada Dia Mengharap Pertolongan
Namun Masih Mampu Merasakan Perlindungan

Manusia Perlukan Pengisian Rohani
Dari Jiwa Terus Ke hati
Musahabah Diri Itulah Jalan Hakiki
Namun Masih Dambakan Restu Illahi

Hidup Hanyalah Pinjaman 
Perjalanan yang Menjadi Aturan Setiap Insan
Membentuk Pengalaman Mewarnai Kehidupan
Mati Adalah Kepastian
Lumrah Insan Yang Tiada Pengecualian
Hanyalah Amalan dan Kebaikan
Kelak Neraca Yang Menjadi Ukuran
Akhirat Adalah Keabadian
Kehidupan Tiada Pengakhiran 
Disana Jua Berakhir Penantian 
Itulah Kehidupan



Saturday, February 5, 2011

Budi Dan Jasa........:)


Bila Berbudi Tak perlu Berbalas
Bila Berjasa Tak perlu Diminta
Jika Hidup Mendapat Belas
Pasti Mati Tiada Derita

Pisang Emas Masak Sesikat
Buruk Sebiji Jangkit Semua
Hutang Emas Ditimbang Berat
Hutang Budi Ke Hujung Nyawa

Naik Perahu Mudik Ke Hulu
Tersalah Dayung Terbalik Perahu
Jasa Orang Kenang Selalu
Kelak Hidup Sentiasa Direstu

Lanchang Kuning Menjadi Lagenda
Buat Pengajaran Alam Semesta
Budi dan Jasa Lumrah Dunia
Balasan Baik Di Akhirat Jua

Cetusan: Qiela_Nyer:)


Sunday, January 23, 2011

Nasyid - Nostalgia (Shoutul Amal)


Satu2nya Lagu Nasyid yang tak leh dilupakan...
Nostalgia di MA'AHAD SAS 1995-1999
Lagu yang kawan2 group nasyid sekolah nyanyikan:
G-jo, Naim, Nuri N geng...

Tuesday, January 18, 2011

Mudah....VS....Sukar


Mudahnya untuk Memahami Orang lain dan Kehendak Mereka...Tapi...
Sukarnya untuk Memahami Diri dan Kehendak Sendiri...

Mudahnya untuk Menasihati Orang Lain dan Mendorong Mereka Melakukannya...Tapi...
Sukarnya untuk Menasihati dan Mendorong Diri Sendiri untuk Melakukannya...

Mudahnya Memujuk Orang Lain Untuk Meluahkan Masalah dan Keperitan Mereka...Tapi...
 Sukarnya untuk Memujuk Diri Sendiri Melakukan Perkara yang sama...



Thursday, January 6, 2011

K-kindly I-Independent L-Loquacious A- adorable....KILA...:)

Lama dah aku tak menulis tentang perjalanan hidup aku...dulu buku adalah teman terbaik aku untuk aku luahkan segala rasa yang terpendam dan terendam dalam hati...pada kertas2 nipis tu lah aku muntahkan segala rase geram..marah...sedih...dan gembira...Diatas kertas yang bergaris itu juga aku coretkan segala kata2 dan rasa yang mungkin aku tak terfikir boleh jadi serangkap puisi atau kata2 hikmah...tapi itulah cara aku...Berkawan dengan buku lebih mudah untuk aku hilangkan rasa tekanan dan lupakan segala masalah...

Kini...blog plak jadi teman aku...sekadar nak ikut peredaran zaman...tapi tak semuanya boleh dimuntahkan disini...bahaya!!!...hehehe...Aku tetap Aku...Misi Hidup tuk Gembirakan org disekeliling...Selagi Mereka Boleh Tersenyum kalau bersama AKu....alhamdulillah...itu sudah cukup buat aku Lega...Perkara yang paling aku takut adalah sakitkan hati Mereka...Walaupon memang Aku dah slalu buat...tapi itu semua tak sengaja...aku pon manusia Biasa...kadang2 ade rase marah...geram...yng penting aku tak pernah berdendam...:)

Hingga kini Aku bersyukur...masih ada mak n ayah yang perlu disayangi dan di jenguk selalu...ada abang y cool...kakak y agak kalut...adeq yang agak serabut....anak2 sedara yang kiut2..(macam aku jugak...wakakaka)....dan kawan yang baek...Aku Sayang mereka semua...tak kira lah mereka cares tentang Aku atau Tak...yang penting Mereka semua Harta Aku Dunia Akhirat...:).....mmmmm...cam ngantok la plak...2 B continue.....

Monday, January 3, 2011

Hidup Dan Masa


Hidup dan Masa Sentiasa Datang Bersama
Namun ianya tetap Memberikan Makna yang Berbeza
Jika kita Rasa Masa Berlalu Terlalu Pantas
Ini Bermakna Hidup Kita Semakin Pendek

Hidup dan Masa....
Ibarat Jarum Minit dan Saat...
Semakin Pantas Saat Berlari begitu juga pantasnya Minit akan pergi
Semakin Pantas Masa Berlalu...Semakin Pantas juga Penghujung hidup bertemu....

Hidup dan Masa
Walau Seketika, Masa Mampu Membuatkan Hidup Gembira...
Dan Dengan Hanya Seketika juga..Masa Mampu Membuat Hidup Derita...

Oleh itu...
Hargai Masa....Hargai Hidup kita...

*Make it Life Simple...it Become easy
Make it Life Happy...it Become Colorful
Make it Life Beautiful...it Become Wonderful...

Saturday, January 1, 2011

Selamat Datang 2011



Selamat Tahun Baru 2011

Walau apa pun yang telah kita lalui pada tahun yang lepas...
Semoga Tahun 2011 ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya...
Insya allah...

Satu Malaysia