Wednesday, December 26, 2012

Fahami Diri Ini

Coretan di sini Sekadar ingin melegakan hati sendiri..
Bukan mengharap simpati apatah lagi mengharap pertolongan free..
Aku sekadar ingin berkongsi isi hati..
Hanya DIA yang benar-benar mengerti..

Kepada Sahabat ku harap dia mengerti
Namun jika sukar memahami diri ini aku tidak berkecil hati
Pada DIA jua aku mohon simpati
Agar hati ini yang luka terubat sendiri...

Bukan niat mengetepikan segala amanah diberi
Apatah lagi tanggungjawab yang telah dijanji
Aku Hanya ingin penawar hati
Jika salah difahami aku mengerti

"La Tahzan, Inna Allaha Ma'ana"

Tuesday, November 20, 2012

Aku dan DiriKu


Kenal Diri Rata-rata,
Baru Kenal Tuhan yang Nyata.

Ternyata bait2 diatas masih lagi tidak menggambarkan diri aku
Aku sendiri tertanya-tanya, di mana letaknya diri ini?
Jika aku masih mencari siapa diri, bagaimana untuk aku kenal sang pencipta?
Aku kini semakin jauh, arah yang dicari semakin pergi...
Aku masih mengharap cahaya ilahi..
Moga jalan kembali dapat aku temui.

Sunday, September 9, 2012

AKU, HIDUP dan KEHIDUPAN

Kita Merancang DIA yang Menentukan

Hidup ini ibarat lautan yang luas. Semakin luas dan dalam dasarnya, semakin banyak isi dan tanggungannya..
Begitu juga Kehidupan ini..Semakin panjang perjalanan, semakin banyak onak, duri dan ranjau yang perlu kita tempuhi. Aku? semakin lanjut usiaku, semakin berat tanggungjawab yang perlu difikirkan.Apa yang lebih penting? AKU? atau Kehidupan mereka? Hidup AKU? atau Hidup mereka?

Jika Aku berfikir sekali untuk hidupku, seratus kali aku berfikir untuk hidup mereka...
Inilah kehidupan...lebih banyak memberi..lebih banyak mengalah..
Kenapa?..untuk mengejar setitis bahagia, walaupun seketika..walaupun bukan milik kita..

Mudah2an Bahagia itu nanti milik aku diSANA...

Tuesday, July 31, 2012

Maafkan Aku...






Bila kita terasa hati, macam2 persoalan datang..
aku ni inilah..aku ni itulah..
ape y kita akan pikir? diri kita je y betul...
Padahal orang lain pon ada hati..
Dan Mereka juga pernah terasa hati..
Aku sedar..
Sebenarnya yang kurang adalah diri sendiri..
Yang bodoh adalah diri sendiri...
Yang sombong adalah diri sendiri..
Buat apa hanya memikirkan betul diri sendiri..
Sedangkan yang menilai adalah orang lain...

Maafkan Aku..aku Khilaf
Aku yang bodoh..
Aku yang sombong..
Aku yang patut SEDAR DIRI..

Lau Kana Bainana...T_T

Tuesday, May 22, 2012

Masalah..

Berkata-kata memang senang.
Memberi nasihat juga sangat mudah.
Tetapi untuk melakukan itu yang menjadi cabaran.
Jangan disimpan segala masalah
Jangan ditelan segala yang payah
Muntahkan segala kekusutan
Agar diri tidak menjadi korban
Susah mencari seseorang yang tepat untuk mendengar segala keluhan
Sukar mencari seseorang yang tepat untuk mendengar segala masalah
Buku dan tulisan adalah medium terbaik untuk luahan.
Buku tak pandai menyakitkan,
Buku tak pernah menidakkan.
Buku sentiasa menerima ape saje tulisan.
Sekurang-kurangnya apa yang terbeban akan berlalu perlahan-lahan.
Namun, pada DIA ketika senang jangan dilupakan,
Kerana ketika susah, pada DIA juga kita akan buat pengaduan...

ALLAH MAHA MENDENGAR
HANYA DIA ADA SEGALA PENAWAR.
BERDOALAH dan Terus BERDOA
Agar tetap IMAN dan TAQWA

Friday, May 11, 2012

Aku Akan Jumpa





Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bila kaki kita penat berlari
Namun yakin ku kau kan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkah ku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia
Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini
Cinta jangan engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri mu




Thursday, May 10, 2012

Lau Kana Bainana




Tiba2 Bila dengar lagu "Lau Kana Bainana", hati jadi sebak. Berat je rase dada.
Sekiranye Rasulullah Masih Ada.........


Mood: Rindu Mak...T_T


Walaupon segala masalah atau ape je kesedihan aku, aku tak kongsi ngan mak, aku tetap RINDU MAK.
Dapat tengok Muke MAK pon jadilah....T_T
Dapat borak hal remeh temeh ngan MAK pon jadilah...T_T
Semuanya akan hilang nanti...T_T

I luv U MAK!