Friday, April 27, 2012

Teman Tapi Mesra



Apakah Definisi Teman Tapi Mesra???
Memang mengundang kekeliruan..
Dah Hampir 6 tahun, baru dia nak berterus terang..
Adoi..Nasi dah jadi Bubur..Kalau dulu dia luahkan..may b aku boleh terima..
Tapi kalau skang cukup jadi Teman Tapi Mesra cukup la...:)
Aku tak nak nanti aku jadi Penghalang tuk hubungan org lain..
Sahabat sendiri lak tu..
Memang dulu dia slalu take care tentang aku..tapi aku tak terpikir sejauh itu..
Aku ingat hubungan kitorg takat Adik kakak jer..Dah sah2 aku tua pade dia..he3
Dan hari ni..dia cakap aku tak bg respon pade dia mase tu...
Dan jika terjadi sesuatu pada hubungan diorg satu hari nanti, sudi tak aku terima dia?..ish3.
Aku takkan bagi jawapan sama ada ye atau tidak. SEBAB kalau aku jawab YA, aku tak nak hubungan diorg akan dingin sebab dah tau aku akan tunggu...dan kalau aku jawab TIDAK, aku taknak dia terima gilfriend dia separuh hati dengan kate lain terpaksa...Adoi..macam2
its so complicated...Dunia2...
Hari ni aku cakap, cukuplah kitorg jadi Teman Tapi Mesra...
itu lebih baik dari dia tinggalkan si dia.
Dan aku takkan benarkan perkara tu berlaku..melainkan memang bukan jodoh diorg..
Yang paling penting aku tak nak jadi org ketiga dalam hubungan diorg...:)
Mudah2an Hubungan diorg akan kekal..
Insya Allah..Aminnn.

Thursday, April 26, 2012

MALAM PENDEKAR-Perhimpunan Pesilat Kebangsaan















Alhamdu lillah Selesai Program Malam Pendekar di Stadium Bolasepak Cheras. First time join perhimpunan sebegini. Seronok dapat menyaksikan lebih 3000 ahli PSSCM seluruh negara turun memberi sokongan.




Ahli PSSCM Berkumpul sebelum Masuk untuk Pertunjukan Demonstrasi.









Perbarisan Ahli PSSCM untuk Demonstrasi. Hampir 1000 lebih yang menyertai skuad demo ini.



Walaupon tak dapat turut serta dalam demonstrasi PSSCM, memandangkan kapasiti stadium yang agak kecil. Tapi sangat berbangga dapat turut serta berhimpun dan memberi sokongan dari tempat duduk penyokong. Kat sini antara koleksi gambar yang dapat aku simpan. Sedey sebab hanya mampu tangkap guna BB jer..Ape pon, Aku gembire sebab dapat BERSAMA dan BERSATU dalam Perhimpunan Malam Pendekar ni..


Walaupun Masih Belom Tamat, Tapi Semangat Tetap Sama dengan TP dan AT

Syafinaz, Zue, AKU, Asmak n Anis
Tak sabar rasenyer nak jadi pendekar abad ke 21 ni..kikikikiki.(^_^)v

Tuesday, April 24, 2012

SEDIH Juga NIKMAT..Tapi GEMBIRA itu Lebih HEBAT



Soal Hati..


Aku tak tau nape aku sedeh, bodohkan..Tak de sebab pon..
Tabahlah HATI..DIA ade penawarnya..


Bila Redha dengan Kesedihan pasti akan rasa Kepedihan..
Tapi Redha itulah jalan untuk cari kembali Kegembiraan


AKU pasti Boleh..AKU tak kan nyatakan KESEDIHAN lagi..
Biar AKU y Rase sendiri..DAN DIA pasti akan UBATI


GEMBIRAlah HATI
Semoga Tiada Yang Bersimpati..
GEMBIRAlah HATI
Kerana DIA takkan pernah pergi..

Thursday, April 19, 2012

mmm.........?????

Tak mungkin dalam diam ade y memendam perasaan..
Jika Aku orang yang dimaksudkan... lagi tak mungkin
Tak mungkin dalam diam ade yang menunggu seseorang...
Jika Aku orang yang ditunggu...lagi tak mungkin..itu kerje gila..
dan lagi tak mungkin orang itu adalah sahabat y aku anggap adik...
Adussss.....

Walau apa pun sahabat tetap sahabat.....

Semoga Kebahagiaan Akan Datang Pada Semua Orang Yang Aku sayang

Tidak Semua Yang Kita Inginkan akan Jadi Milik Kita
Kerana
Segalanya Milik DIA

Monday, April 16, 2012

Hanya DIA yang terbaik




Buat HATI.....
Jika Kau Resah Luahkanlah...
Jika Kau Sedih Menangislah..
Jika Kau Bahagia Senyumlah.....
Jika Kau Gembira Ketawalah....

Buat HATI..
Jika PENA dapat merawat duka..coretkanlah..
Jika PENA dapat Menampar resah..luahkanlah..
Jika PENA dapat menggambarkan Gembira dan Bahagia..Lukiskanlah...
Agar HATI dapat menerima dan menikmati segalanya..

Buat HATI....
Jika Kau Perlukan seseorang ketika duka..Carilah DIA
Jika Kau Perlukan seseorang ketika resah..Carilah DIA
Jika Kau Perlukan seseorang ketika gembira..Carilah DIA
Jika Kau Perlukan seseorang ketika Bahagia..Carialah DIA

Kerana Hanya DIA yang terbaik untuk KITA




Thursday, April 12, 2012




PELANGI ITU MEMANG INDAH..(^_^)
 
"Kadangkala Allah sembunyikan matahari, 
Dia datangkan petir dan kilat.. 
kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar...
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi-unknown" 

Menyimpan rahsia sesuatu yang perit dan mungkin nanti akan datang lagi ujian besar tuk aku simpan. Mudah2an Allah Lindungi dan Permudahkan. Walau apapun yang berlaku Ya ALLAH lindungi Kedua IBU dan BAPA ku, Peliharalah HATI keduanya moga tenang dan bahagia selalu DUNIA mahupun DI AKHIRAT KELAK. Jika Aku Sakit Menanggung, Bagaimana dengan MEREKA?..

Setiap Masalah yang datang dalam Hidup kita ada SEBAB dan MUSABAB nya. Beranggapan baiklah pada Allah Kerana DIA maha mengetahui. 

Tuesday, April 10, 2012

Patah Tumbuh Hilang Berganti....

Pepatah ini pada aku tak lebih daripada nak sedapkan hati atau memujuk hati yang sedih dah terluka.
Pasti ke yang patah tu akan tumbuh?...Dan pasti ke yang hilang itu akan berganti? Berpeganglah dgn tali Allah..Percaya pada Qada' dan Qadar..Tepuk dada tanya IMAN..:)

Wednesday, April 4, 2012