Tuesday, May 22, 2012

Masalah..

Berkata-kata memang senang.
Memberi nasihat juga sangat mudah.
Tetapi untuk melakukan itu yang menjadi cabaran.
Jangan disimpan segala masalah
Jangan ditelan segala yang payah
Muntahkan segala kekusutan
Agar diri tidak menjadi korban
Susah mencari seseorang yang tepat untuk mendengar segala keluhan
Sukar mencari seseorang yang tepat untuk mendengar segala masalah
Buku dan tulisan adalah medium terbaik untuk luahan.
Buku tak pandai menyakitkan,
Buku tak pernah menidakkan.
Buku sentiasa menerima ape saje tulisan.
Sekurang-kurangnya apa yang terbeban akan berlalu perlahan-lahan.
Namun, pada DIA ketika senang jangan dilupakan,
Kerana ketika susah, pada DIA juga kita akan buat pengaduan...

ALLAH MAHA MENDENGAR
HANYA DIA ADA SEGALA PENAWAR.
BERDOALAH dan Terus BERDOA
Agar tetap IMAN dan TAQWA

No comments:

Post a Comment