Wukuf Di Arafah....
Allah berfirman, “Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu….” (al-Maa’idah:3).
Antara peristiwa2 yang terjadi Di padang Arafah:
Rasulullah pernah menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama khutbah wada’ atau khutbah perpisahan. Ini kerana tidak lama kemudian setelah menyampaikan khutbah itu, baginda wafat. Pada saat itu, ayat al-Qur’an, surat al-Maa’idah ayat 3 turun sebagai pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW.
Peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Nabi Adam dan Hawa telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah SWT.
Mudah2an...1 hari nanti...akan tiba jua...:)
INSHA ALLAH
bengang dengan diri sendiri. lupa nak posa hari ni. huhuhuuhuhuhu
ReplyDeleteSori La erk...k.kila pon tak ingatkan ina...
ReplyDeleteeh, tak pa tak pa. rileks la, jgn rasa bersalah plak.
ReplyDelete