Jika kita lelah dan tak berdaya dari usaha yang seakan sia2,
Allah s.w.t lebih tahu betapa kerasnya kita sudah berusaha…
Ketika kita sudah menangis sekian lama dan hati masih terasa pedih,
Allah s.w.t sudah menghitung air mata kita…
Jika kita fikir hidup ini ibarat menunggu sesuatu y tak pasti,
Allah s.w.t sedang menunggu bersama …
Ketika kita merasa sendirian sedangkan keluarga dan teman2 terlalu sibuk ,
Allah s.w.t selalu berada disamping kita…
Ketika kita fikir bahawa kita sudah mencuba segalanya dan hampir putus asa,
Allah s.w.t punya jawapannya…
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kita hampir tertekan,
Allah s.w.t menjadi penenangnya…
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kita merasa ingin mengucap syukur,
Allah s.w.t telah memberkatinya…
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kita dipenuhi ketakjuban,
Allah s.w.t telah tersenyum dahulu…
Ingat bahawa dimanapun kita berada..apa pun yang kita lakukan..
ALLAH SWT LEBIH TAHU…
Rahsia Allah |
No comments:
Post a Comment