Friday, November 19, 2010

Usia:...Panjang Atau Singkat....

Sekadar renungan buat diri

Sebagai manusia, kita selalu berdoa agar dipanjangkan usia. Seringkali bila tiba hari lahir seseorang....kita juga takkan pernah lupa mendokan agar usia mereka dipanjangkan..Tidak salah berdoa dan meminta sedemikian, kerana kita sekadar meminta perkara yang baik dari yang MAHA ESA. Persoalannya...adakah kita berfikir terlebih dahulu sebelum meminta?...adakah sekadar meminta untuk hidup lebih lama semata-mata...atau ada tanggungjawab yang belum kita selesaikan. Bila terdengar berita kematian...aku terfikir?...Apakah selepas ini giliran aku pula..Sudah pasti bila sampai masanya kelak..

Namun, aku juga seperti manusia lain, inginkan sesuatu dalam hidup ini. Bagi aku panjang atau singkat hidup ini bukan menjadi kepentingannya...yang perlu diambil kira adalah bagaimana pengakhiran hidupku nanti? Sama ada Allah panjangkan usia atau sebaliknya, yang perlu kita utama adalah amalan dan bekalan. Mudah2an kita di jemput dalam keadaan yang baik @ husnul khatimah- INSHA ALLAH dan jauhkan dari dijemput dalam keadaan yang aib@Suul khatimah- NA'UZUBILLAH. Semoga dibukakan jalan dan dipermudahkan urusan untukku. 

Perubahan itu perlu. 
Perlu untuk perbaiki diri...
Perlu untuk penyucian hati...
Semoga masa itu sampai untuk aku...
.
Insha Allah Bi An-Najjah

1 comment: